Pengejar Rembulan.
"Kalau mata kita masuk habuk, mana boleh kita tiup keluar
habuk itu sendiri. ”
Kata-kata dari ayahku yang sentiasa aku fikirkan
tatkala dilanda kesunyian dan ketika tanda tanya tentang masa hadapanku
merentasi kehidupan yang mendahagakan kebahagiaan ini.
Tidak banyak yang boleh dicoretkan tentang corak warna hidupku, aku
teringat di suatu masa ketika menghadiri temu duga pertamaku di sebuah syarikat
yang aku rancangkan untuk kekal lama, Sambil menuju ke sebuah meja yang
kelihatan tiada apa-apa kecuali sebuah komputer dan sedikit peralatan pejabat.
Matanya tidak memandang aku sebaliknya tertumpu kepada skrin komputer.“ Please tell me more about yourself. ” Tanya seorang wanita yang berada di lingkungan
usia 40-an,dia seorang yang berkaum India,dari pandangan pertama,aku berpendapat
yang dia seorang wanita yang sangat sibuk dalam menjalani kehidupannya,dari
segi pemakaian dan penampilan, mungkin dia tidak cukup masa untuk menjaga
dirinya,mungkin hanya memikirkan soal anak, sifat keibuan nyata jelas terpancar
dari riak wajahnya.
Aku
terkedu. Soalan yang ditujukan menyebabkan otak aku terhenti, aku terus dilanda
kejutan kerana tidak pernah menghadapi soalan sedemikian, walau sepanjang 25
tahun aku hidup dan berkenalan dengan manusia, walau pelbagai-bagai soalan
ditujukan untuk mengenali diriku, tidak pernah sekali aku menghadapi kesulitan
untuk menjawab, nyata ini sangat berlainan.
“I think I have nothing interesting to
tell you about myself or my life.” Jawab aku dengan
suara yang agak sugul, entah bagaimana aku boleh keluar kenyataan berikut,masa
selama 5 minit yang aku gunakan untuk menjawab soalan itu kerana dia kebetulan
tengah membelek resume aku di
komputernya menyebabkan aku dirudum kekecewaan, adakah kerana aku baru sedar yang
hidup aku adalah kosong?, atau mungkin kerana aku tidak dapat menjawab
soalannya dengan baik?. Atau mungkin kedua-duanya sekali. Soalan yang sangat
mudah tetapi fikiranku melayang jauh entah kemana. Alhamdulillah aku tetap ditawarkan
berkerja meskipun sedikit permasalahan. Nyata temuduga ini jelas menunjukkan
bagaimana aku menjalani kehidupan ini. Tiada yang menarik atau berbaloi
diceritakan.Aku perlukan perubahan.
Masa pun berlalu,aku
sudah pun berhenti kerja dan sekarang tinggal bersama ayahku untuk mengerjakan
tanah miliknya,aku berharap rezeki aku berada di sini.
“ Abah, kita ni
jenis pendam, kalau ada masalah kita suka menyendiri ,pastu kalau rasa dah ok, baru
kita keluar balik dari gua. Pastu kita bukan jenis bercampur sangat dengan
orang, anti-social la kira. Susah nak percaya orang.”
Aku
membahasakan diriku “kita” jikalau bercakap dengan ahli keluargaku yang lebih
tua. Dan ketika itulah ayatnya
menghantui hidupku.
Itulah salah
satu kepentingan insan yang bergelar ‘Ayah’ , impak yang diberikan sangatlah besar. Dia
menyedarkan yang selama ini aku hanyalah menjalani liku-liku hidup yang merugikan,
aku terlepas banyak peluang untuk hidup lebih bahagia, lebih sempurna, dan
lebih ke jalan yang sepatutnya,. Aku berdoa agar tuhan mengampunkan dosaku dan
bersyukur atas nikmat yang diberikan. Aku juga akan cuba untuk tidak mensia-siakan
hidupku lagi dengan benda yang mengkhayalkan lagi menyesatkan dan mengubah
tabiat lamaku yang suka menyendiri dan menjalani hidup berseorangan. Aku bertekad
untuk berubah. Bertekad Mengejar rembulan.
Ketika aku
menghadapi masalah, ketika aku dirudum kesunyian, ketika aku tiada sesiapa
untuk meluahkan perasaan, ketika aku tiada teman untuk bermanja,ketika aku
tiada kawan untuk bergelak ketawa, aku sentiasa mengingati kata-kata yang
diberikan oleh ayahku, aku tidak akan putus asa untuk meneruskan kehidupan, aku
anggap ini semua dugaan yang diberikan oleh tuhan dan mungkin balasan kerana
tidak menghargai mereka yang pernah ada disisiku. Aku hanya mampu memohon
kepada Allah. Moga ilmu yang diberikan padaku dapat aku manfaatkan ke jalanMu.
Sebahagian
keluarga dan saudara-mara.Ayahku berada di tengah dua dari kiri,dan aku di
hujung kiri.
2.20am
22/05/2012
Baling,Kedah
No comments:
Post a Comment