Tuesday, June 5, 2012


Pengejar Rembulan.

 "Kalau mata kita masuk habuk, mana boleh kita tiup keluar habuk itu sendiri. ”


Kata-kata dari ayahku yang sentiasa aku fikirkan tatkala dilanda kesunyian dan ketika tanda tanya tentang masa hadapanku merentasi kehidupan yang mendahagakan kebahagiaan ini.

          Tidak banyak yang boleh dicoretkan tentang corak warna hidupku, aku teringat di suatu masa ketika menghadiri temu duga pertamaku di sebuah syarikat yang aku rancangkan untuk kekal lama, Sambil menuju ke sebuah meja yang kelihatan tiada apa-apa kecuali sebuah komputer dan sedikit peralatan pejabat. Matanya tidak memandang aku sebaliknya tertumpu kepada skrin komputer.“ Please tell me more about yourself. ”  Tanya seorang wanita yang berada di lingkungan usia 40-an,dia seorang yang berkaum India,dari pandangan pertama,aku berpendapat yang dia seorang wanita yang sangat sibuk dalam menjalani kehidupannya,dari segi pemakaian dan penampilan, mungkin dia tidak cukup masa untuk menjaga dirinya,mungkin hanya memikirkan soal anak, sifat keibuan nyata jelas terpancar dari riak wajahnya.

     Aku terkedu. Soalan yang ditujukan menyebabkan otak aku terhenti, aku terus dilanda kejutan kerana tidak pernah menghadapi soalan sedemikian, walau sepanjang 25 tahun aku hidup dan berkenalan dengan manusia, walau pelbagai-bagai soalan ditujukan untuk mengenali diriku, tidak pernah sekali aku menghadapi kesulitan untuk menjawab, nyata ini sangat berlainan.


“I think I have nothing interesting to tell you about myself or my life.”  Jawab aku dengan suara yang agak sugul, entah bagaimana aku boleh keluar kenyataan berikut,masa selama 5 minit yang aku gunakan untuk menjawab soalan itu kerana dia kebetulan tengah membelek resume aku di komputernya menyebabkan aku dirudum kekecewaan, adakah kerana aku baru sedar yang hidup aku adalah kosong?, atau mungkin kerana aku tidak dapat menjawab soalannya dengan baik?. Atau mungkin kedua-duanya sekali. Soalan yang sangat mudah tetapi fikiranku melayang jauh entah kemana. Alhamdulillah aku tetap ditawarkan berkerja meskipun sedikit permasalahan. Nyata temuduga ini jelas menunjukkan bagaimana aku menjalani kehidupan ini. Tiada yang menarik atau berbaloi diceritakan.Aku perlukan perubahan.


Masa pun berlalu,aku sudah pun berhenti kerja dan sekarang tinggal bersama ayahku untuk mengerjakan tanah miliknya,aku berharap rezeki aku berada di sini.

“ Abah, kita ni jenis pendam, kalau ada masalah kita suka menyendiri ,pastu kalau rasa dah ok, baru kita keluar balik dari gua. Pastu kita bukan jenis bercampur sangat dengan orang, anti-social la kira. Susah nak percaya orang.”


Aku membahasakan diriku “kita” jikalau bercakap dengan ahli keluargaku yang lebih tua. Dan ketika itulah ayatnya menghantui hidupku.

Itulah salah satu kepentingan insan yang bergelar ‘Ayah’ , impak yang diberikan sangatlah besar. Dia menyedarkan yang selama ini aku hanyalah menjalani liku-liku hidup yang merugikan, aku terlepas banyak peluang untuk hidup lebih bahagia, lebih sempurna, dan lebih ke jalan yang sepatutnya,. Aku berdoa agar tuhan mengampunkan dosaku dan bersyukur atas nikmat yang diberikan. Aku juga akan cuba untuk tidak mensia-siakan hidupku lagi dengan benda yang mengkhayalkan lagi menyesatkan dan mengubah tabiat lamaku yang suka menyendiri dan menjalani hidup berseorangan. Aku bertekad untuk berubah. Bertekad Mengejar rembulan.


Ketika aku menghadapi masalah, ketika aku dirudum kesunyian, ketika aku tiada sesiapa untuk meluahkan perasaan, ketika aku tiada teman untuk bermanja,ketika aku tiada kawan untuk bergelak ketawa, aku sentiasa mengingati kata-kata yang diberikan oleh ayahku, aku tidak akan putus asa untuk meneruskan kehidupan, aku anggap ini semua dugaan yang diberikan oleh tuhan dan mungkin balasan kerana tidak menghargai mereka yang pernah ada disisiku. Aku hanya mampu memohon kepada Allah. Moga ilmu yang diberikan padaku dapat aku manfaatkan ke jalanMu.




Sebahagian keluarga dan saudara-mara.Ayahku berada di tengah dua dari kiri,dan aku di hujung kiri.


2.20am

22/05/2012

Baling,Kedah